WILAYAH - UTARA > BERITA

Kanak-kanak Empat Tahun Lemas Dalam Kolam Ikan

15/02/2026 08:58 PM

ALOR SETAR, 15 Feb (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai terjatuh dalam kolam ikan di Kampung Perik, dekat Kuala Nerang, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Affzanisham Mohammad Sham berkata dalam kejadian pada 6.15 petang itu, mangsa Ayyash Ahmad Sajid Ahmed dibawa ke Hospital Jitra sebelum disahkan meninggal dunia.

“Ibu bapa kanak-kanak itu memaklumkan anak lelaki mereka bermain pasir di kawasan kolam ikan berhampiran rumah sebelum disedari hilang.

“Mereka kemudian menemukan kasut mangsa terapung di dalam kolam ikan berkenaan sebelum mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terjatuh ke dalam kolam berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu diberikan rawatan kecemasan di hospital terbabit sebelum disahkan meninggal dunia pada 11 malam.

Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat lemas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan