WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Muhammad Azeem Lebur Rekod Kebangsaan 200m Di Carolina Utara

15/02/2026 12:26 PM

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharu rekod kebangsaan acara 200 meter (m) pada kejohanan jemputan Tiger Paw, semalam. 

Atlet berusia 21 tahun yang digelar 'Usain Bolt Malaysia' itu mencatatkan 21.20 saat (s) untuk memadam rekod 21.50s miliknya yang dilakukan pada Januari lepas.

Catatan itu menyaksikan Muhammad Azeem menamatkan saingan di tempat ke-21 daripada 48 pelari dalam kejohanan berlangsung di Kompleks Balapan dan Padang Tertutup Clemson di Clemson, Carolina Utara.

Untuk rekod, Muhammad Azeem merekodkan 21.50s pada kejohanan jemputan Bob Pollock di Clemson, memadam rekod terdahulu 22.86s milik Timothy Tan di Manchester Indoor Meet 2019.

Pada Jumaat lepas, Muhammad Azeem terlepas peluang ke final selepas menamatkan saingan separuh akhir acara 60m di tempat kesembilan dengan catatan 6.65s.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan