KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini kerana disyaki memukul dan mencabul kanak-kanak perempuan sembilan tahun, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ibrahim Husin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8 malam dan kejadian berlaku semasa mangsa hendak ke pasar malam bersama-sama abang serta kakaknya.
“Suspek didakwa menarik mangsa masuk ke rumahnya serta bertindak memukul dan menendang mangsa sehingga cedera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek yang tidak bekerja juga didapati positif dadah.
Suspek kini direman sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial