WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Remaja Perempuan Cedera Parah Jatuh Kondominium

26/01/2026 08:00 PM

GEORGE TOWN, 26 Jan (Bernama) -- Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Gelugor di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Lee Swee Sake berkata polis dimaklumkan kejadian oleh orang awam pada 1.15 tengah hari.

“Mangsa ditemukan terbaring di tingkat tujuh dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk polis akan merekodkan keterangan remaja itu selepas sedar. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan