WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Bekas PAT Mohd Nizam Akan Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

23/01/2026 09:20 AM

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) Tan Sri Mohd Nizam Jaffar akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan, antaranya salah guna kuasa dan pecah amanah.

Menerusi semakan sistem mahkamah, kes Mohd Nizam, 59, akan disebut di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada 9 pagi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu memaklumkan, Mohd Nizam akan didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ia susulan siasatan salah guna kuasa dan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Khamis lepas, media melaporkan 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam, selain dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di TKAT dan Kementerian Pertahanan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan