KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan membabitkan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung Ops Parasit dan Ops Star kepada pihak pendakwa raya bagi tujuan kajian serta arahan lanjut.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan berkenaan diserahkan hari ini bersama cadangan pertuduhan untuk diteliti pihak pendakwa raya.
“Sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Khamis lepas, media melaporkan sebanyak 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM ditahan SPRM bagi membantu siasatan.
Penahanan itu berhubung siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam.
Beliau berkata siasatan kes itu telah bermula sejak 7 Okt 2025 dan disifatkan sebagai sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.
“Penahanan ini berhubung dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF),” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial