WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kesihatan PM Anwar Pada Tahap Memberangsangkan - Pengarah HSIS

18/01/2026 02:13 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada tahap yang memberangsangkan, sekali gus membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang Dr Farique Rizal Abdul Hamid memaklumkan keputusan tersebut diperoleh, selepas pemeriksaan kesihatan berkala yang dijalani Perdana Menteri di hospital itu hari ini.

“Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan YAB Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara, demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan