WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Buruh Binaan Maut Motosikal Terbabas

18/01/2026 12:19 PM

JERTIH, 18 Jan (Bernama) -- Seorang buruh binaan maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Renek, di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu, mangsa Muhammad Aslan Rosle, 19, yang menetap di Kampung Pondok Paku, Jabi di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Md Sani berkata bagaimanapun pembonceng motosikal iaitu seorang lelaki berusia 18 tahun, hanya cedera pada sebelah lengan kiri. 

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa motosikal jenis Honda C70 ditunggang mangsa bersama seorang pembonceng dari arah jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Sebaik tiba di tempat kejadian motosikal ditunggang mangsa telah terbabas dan terjatuh di laluan bertentangan dan pada masa sama tiba sebuah kereta Proton Wira dari arah bertentangan. 

“Pemandu kereta lelaki berusia 64 tahun itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal dan  mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Md Sani berkata mayat mangsa dhantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat manakala pembonceng dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

-- BERNAMA 
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan