WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Anwar Ziarah Bekas PM Afghanistan Terima Rawatan Di Malaysia

17/01/2026 08:40 PM

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi sahabat lamanya yang juga bekas Perdana Menteri Afghanistan Gulbuddin Hekmatyar, yang kini sedang menerima rawatan kesihatan di Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Hekmatyar dikurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berterusan.

“Mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan keafiatan berterusan, selain dipermudahkan segala urusan perubatan. Insya-Allah,” kata Anwar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan