KUCHING, 16 Jan (Bernama) -- Dua lelaki maut dihempap sebuah lori 10 tan yang membawa muatan batu semasa membaiki brek lori berkenaan dalam kejadian di Jalan Mambong, Siburan, hari ini.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 2 petang.
“Kejadian berlaku apabila mereka (pemandu dan kelindan lori) sedang membaiki brek lori di kawasan jalan kuari sebelum dihempap dan tersepit di bawah lori.
“Tindakan mengeluarkan mangsa tersepit berjaya dijalankan, mangsa pertama dikeluarkan pada 4.55 petang, manakala mangsa kedua pada 5.04 petang,” menurut kenyataan itu.
Mayat mangsa yang berusia 46 tahun dan 26 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.10 petang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial