WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kerajaan MADANI Pastikan Kebebasan Berkarya Terus Dipelihara - PM Anwar

15/01/2026 08:49 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan terus memastikan kebebasan berkarya dipelihara, agar penggiat seni dapat menghasilkan karya yang lebih berani, berkualiti dan bermakna untuk masyarakat dan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau menerima kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif Skop Productions Datuk Yusof Haslam yang juga pengarah dan penerbit tersohor negara, bagi membincangkan perkembangan dan hala tuju industri perfileman tempatan.

“Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan mengenai cabaran dan potensi industri kreatif termasuk isu cukai hiburan yang dibangkitkan, yang akan diteliti dan dibincangkan lanjut bersama kerajaan negeri,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan terhadap karya filem “Sheriff: Narko Integriti” yang menyentuh isu rasuah dan integriti, selain menghargai sokongan penggiat seni terhadap usaha kerajaan menjunjung keterbukaan dan kebebasan bersuara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan