PETALING JAYA, 8 Jan (Bernama) -- Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia meletakkan jawatan sekiranya itu adalah pilihan terbaik bagi menyelamatkan badan induk itu daripada digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata perkara itu antara isu yang dibincangkan dalam perjumpaan bersama exco hari ini.
“Hari ini kita memanggil semua exco untuk membincangkan hala tuju FAM, dan ia tentu sekali berkaitan kenyataan Setiausaha Agung AFC (konfederasi Bolasepak Asia), Datuk Windsor mengenai penggantungan FAM.
“Kalau pilihan itu (meletak jawatan) adalah keputusan terbaik, kita akan buat secara sebulat suara kerana kita bersatu hati sebagai exco,” katanya ketika ditemui selepas perjumpaan berkenaan.
Dalam pada itu, Mohd Yusoff memaklumkan barisan exco turut membincangkan alternatif lain bagi mengelak FAM daripada digantung, namun beliau enggan mendedahkan cadangan berkenaan.
“Kita mengambil kira pandangan exco hari ini, tetapi keputusan muktamad belum ada. Ada dua atau tiga pilihan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial