WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kapal Persiaran Adora Mediterranea Mulakan Pelayaran Sulung Ke Asia Tenggara

08/01/2026 01:22 PM

GUANGZHOU, 8 Jan (Bernama-CMG) -- Kapal persiaran Adora Mediterranea memulakan pelayaran sulungnya dari Pelabuhan Induk Kapal Persiaran Antarabangsa Nansha Guangzhou ke Asia Tenggara pada Rabu.

Kapal kendalian syarikat kapal persiaran China, Adora Cruises itu dijadual singgah di Vietnam, Malaysia dan Brunei dalam pelayaran selama sembilan hari lapan malam.

Menurut Adora Cruises, para pelancong berpeluang melawat beberapa destinasi pelancongan terkenal di ketiga-tiga negara itu, termasuk Nha Trang, Kota Kinabalu dan Muara bagi menikmati keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian budaya di Asia Tenggara.

Pelayaran sulung itu mendapat sambutan amat menggalakkan dengan membawa lebih 2,200 penumpang, iaitu hampir mencapai kapasiti penuh kapal berkenaan.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan