WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Indonesia Sambut Kelahiran Pertama Anak Panda Gergasi

08/01/2026 01:14 PM

JAKARTA, 8 Jan (Bernama-CMG) -- Taman Safari Indonesia (TSI) Bogor menyambut kelahiran anak panda gergasi pertama di negara itu baru-baru ini, sekali gus menandakan kemajuan penting dalam kerjasama China dan Indonesia bagi perlindungan dan pembiakan panda gergasi.

Menteri Kehutanan Indonesia Raja Juli Antoni dalam sidang media pada Selasa berkata anak panda itu dilahirkan pada 27 November 2025 dan merupakan anak kepada panda gergasi dari China Cai Tao dan pasangannya Hu Chun. Anak panda itu kini dilaporkan dalam keadaan sihat.

Kerajaan Indonesia mengumumkan berita baik itu sempena 40 hari kelahiran anak panda gergasi berkenaan selaras dengan budaya masyarakat tempatan.

Proses pembiakan anak panda itu dilakukan secara bersama oleh pasukan penyelidik dari China dan Indonesia dengan menggunakan teknologi pembiakan bantuan.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan