WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Gajah Mengamuk Bunuh Enam Orang Di Timur India

07/01/2026 11:03 PM

NEW DELHI, 7 Jan (Bernama) -- Seekor gajah yang mengamuk membunuh enam orang, termasuk empat ahli sekeluarga, di negeri Jharkhand, timur India.

Kejadian itu berlaku lewat petang Selasa di daerah West Singhbhum. Seramai 17 orang telah terbunuh di kawasan itu akibat serangan gajah dalam tempoh tujuh hari yang lalu, lapor media tempatan pada Rabu yang memetik pegawai perhutanan.

Enam mangsa yang terbunuh dalam kejadian berasingan pada Selasa itu termasuk empat ahli daripada satu keluarga di kampung Bawadia apabila gajah tersebut memijak mangsa di dalam rumah beratap nipah mereka.

Pergerakan gajah juga dilaporkan telah mengganggu beberapa perkhidmatan kereta api di kawasan itu dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Konflik manusia dan haiwan semakin meningkat di India berikutan perbandaran dan kerja-kerja infrastruktur yang menceroboh kawasan hutan serta zon yang kaya dengan hidupan liar.

Tujuh gajah Asia terbunuh apabila sekumpulan 100 ekor gajah dirempuh kereta api berkelajuan tinggi di negeri Assam, timur laut India bulan lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan