WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Wanita Ditahan Disyaki Dera Anak Kandung 

05/01/2026 03:35 PM

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita berusia 21 tahun kerana disyaki mendera anak perempuannya di sebuah kediaman di Sentul, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Jumaat. 

“Mangsa berusia lima tahun mengalami kesan kecederaan teruk di beberapa bahagian badan termasuk kepala, telinga, mata, tangan, kaki dan kehilangan gigi hadapan dipercayai didera dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai telah didera sejak dua minggu lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata suspek direman selama enam hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan