WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Mayat Dengan Beberapa Kesan Kecederaan Ditemukan Di Tepi Jalan Di Tangkak

24/12/2025 08:22 PM

TANGKAK, 24 Dis (Bernama) -- Mayat seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai warganegara asing ditemukan dengan beberapa kesan kecederaan di tepi jalan di Bukit Serampang, di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan daripada talian MERS 999 pada 8.30 pagi dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang dokumen perjalanan diri ditemukan bersama mangsa.

Beliau berkata menerusi pemeriksaan pada bahagian tubuh mangsa, polis telah mendapati beberapa kecederaan pada bahagian belakang leher serta kepala dan mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Sharidhathul Aflaha Ismail menerusi talian 019-269 9573 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-978 5222,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan