WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Pemandu Lori Ditahan Bawa 470 Guni Baja Subsidi

19/12/2025 07:17 PM

CHUKAI, 19 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang pemandu lori selepas disyaki membawa muatan 470 guni baja subsidi dipercayai diseludup di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Plaza Tol Cheneh di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata pemandu lori berusia 40-an itu ditahan sepasukan anggota Unit Peronda LPT2 dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman pada 2.30 pagi.

Beliau berkata ketika ditahan lori itu dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Pahang disyaki untuk menjual baja berkenaan di pasaran gelap.

“Pemandu lori itu juga gagal menunjukkan dokumen berkaitan penjualan dan perjalanan baja subsidi.

“Hasil siasatan mendapati baja subsidi itu diambil secara runcit daripada penduduk kampung di Jelawat dan Bachok, Kelantan untuk dijual di pasaran gelap,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Razi berkata siasatan turut mendapati pemandu lori itu diupah untuk membawa muatan baja sebanyak RM250 bagi satu perjalanan.

Beliau berkata lori terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan