WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kolaborasi Sunway Medical Centre Velocity, Samsung Malaysia Beri Akses Pengurusan Kesihatan Masa Nyata Lebih Baik

19/12/2025 12:22 AM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) bekerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd (Samsung Malaysia) untuk memperkenalkan Pakej Saringan Kesihatan Galaxy Watch8 yang bertujuan memperluas akses penjagaan kesihatan pencegahan kepada rakyat Malaysia berasaskan masa nyata menerusi pengalaman saringan kesihatan eksklusif yang direka untuk melengkapi ciri siri Samsung Galaxy Watch8 yang baharu dilancarkan.

 SMCV dalam kenyataan hari ini, memaklumkan insiatif itu dilaksanakan memandangkan Malaysia terus berhadapan dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti hipertensi, diabetes, penyakit jantung dan pelbagai penyakit lain.

Menurut Kementerian Kesihatan, NCD merupakan punca utama kematian dan kehilangan upaya di negara ini yang menyumbang kepada hampir 72 peratus daripada semua kematian pramatang. 

“Dengan kedudukan Malaysia antara 10 negara teratas bagi penggunaan jam tangan pintar pada kadar 31.3 peratus, peranti ini dengan pantas menjadi alat harian untuk memantau tanda vital, menggalakkan gaya hidup aktif dan mengesan potensi risiko kesihatan lebih awal. Kolaborasi ini merapatkan jurang antara penjagaan kesihatan dan teknologi untuk menawarkan pendekatan lebih holistik dan terhubung kepada rakyat Malaysia dalam pengurusan kesihatan mereka.

“Menerusi penggabungan data masa nyata daripada Galaxy Watch8 dengan kepakaran perubatan SMCV, kolaborasi ini membolehkan individu mentafsir dan mengambil tindakan terhadap data kesihatan mereka dengan sokongan perubatan profesional,” menurut kenyataan itu. 

Pakej Saringan Kesihatan Galaxy Watch8 menampilkan siri penilaian komprehensif yang diselaraskan dengan fungsi canggih jam tangan pintar itu termasuk pemantauan beban vaskular, amaran degupan jantung tidak teratur, tekanan darah dan ECG, panduan waktu tidur serta pengukuran karotenoid yang direka untuk membantu pengguna memahami kesejahteraan diri dengan lebih mendalam serta membuat keputusan berkaitan kesihatan dengan bijak.

Pakej Saringan Kesihatan Galaxy Watch8 yang berharga RM1,600 merangkumi: 

  • Penilaian Menyeluruh: Pemeriksaan dan sejarah klinikal, berat badan, tinggi, BMI (Indeks Jisim Badan), ujian penglihatan, saringan tekanan darah, ECG rehat dan analisis komposisi badan (BCA).
  • Ujian Darah: Kiraan darah lengkap, kadar pemendapan eritrosit (ESR), penentuan kumpulan darah (ABO dan Rh), profil fungsi hati, profil fungsi buah pinggang, profil lipid, ujian fungsi tiroid, gula darah puasa, HbA1C dan vitamin D.
  • Penilaian Radiologi dan Diagnostik: X-ray dada, ultrasound abdomen and pelvis, ujian fungsi pulmonari (PFT) dan ujian stres.
  • Penilaian Gaya Hidup dan Kesejahteraan: Soal selidik kualiti tidur.
  • Konsultasi: Melibatkan pegawai perubatan dan pakar diet. 

Penilaian ini, secara keseluruhannya akan mentafsir dan mengesahkan data diberikan Galaxy Watch8 sekali gus menawarkan gambaran kesihatan menyeluruh yang menggabungkan teknologi dan interpretasi pengamal perubatan profesional. 

Sempena pelancaran itu, SMCV dan Samsung Malaysia memperkenalkan kempen eksklusif dari 17 Dis 2025 hingga 28 Feb 2026 yang menawarkan Pakej Saringan Kesihatan Galaxy Watch8 atau Samsung Galaxy Watch8 percuma kepada pembeli awal bertuah (sah sehingga 23 Dis 2025) bersama-sama diskaun pembelian dengan pembelian (PWP) masa terhad untuk pesakit SMCV dan pelanggan Samsung (sah sehingga 28 Feb 2026).

Dalam kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif SMCV Susan Cheow berkata kolaborasi itu meningkatkan akses kepada penjagaan pencegahan kesihatan dengan menjadikannya lebih bersifat peribadi, mudah dicapai serta diambil tindakan. 

“Dengan menggabungkan data daripada Galaxy Watch8 dengan tafsiran klinikal, kami boleh membantu individu untuk membuat keputusan yang dapat menyokong kesihatan jangka panjang,” katanya. 

Kolaborasi itu juga menunjukkan komitmen berterusan SMCV untuk merapatkan jurang antara kepakaran perubatan dengan inovasi teknologi. 

“Memandangkan penjagaan kesihatan terus berkembang dalam era digital, kami percaya sinergi antara rawatan perubatan canggih dan teknologi pintar akan memperkasakan orang ramai untuk mengambil berat aspek kesejahteraan diri dengan lebih baik. 

“Bersama-sama dengan Samsung Malaysia, kami sedang bergerak ke arah masa depan apabila penjagaan kesihatan bukan sahaja bersifat reaktif tetapi juga proaktif, boleh dicegah dan mudah diakses,” katanya.

Menyokong kenyataan beliau, Ketua Perniagaan Mobile eXperience Samsung Malaysia Electronics Matthew Ng berkata siri Galaxy Watch8 mentakrifkan semula kesejahteraan harian dengan inovasi yang bermatlamat.

“Dengan menyampaikan intuitif daripada pergelangan tangan dan memadankannya dengan kepakaran klinikal SMCV, kolaborasi ini membantu rakyat Malaysia menguruskan kesejahteraan keseluruhan mereka melalui data dipacu Samsung Health,” katanya.

SMCV memaklumkan kolaborasi itu mencerminkan visi bersama-sama SMCV dan Samsung Malaysia untuk mengalihkan paradigma penjagaan kesihatan daripada sekadar merawat penyakit kepada mengekalkan kesejahteraan.

Dengan menggabungkan teknologi pintar dengan ketepatan klinikal, kolaborasi itu memperkasakan rakyat Malaysia untuk menguruskan kesihatan mereka secara proaktif melalui penjagaan berterusan dan bersifat pencegahan.

Maklumat terperinci promosi awal dan Pakej Saringan Kesihatan Galaxy Watch8 boleh didapati menerusi SMCV e-commerce site, manakala maklumat siri Samsung Galaxy Watch8 di Samsung Malaysia's official website.

-- BERNAMA

 

BM - Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan