WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Bekas Pengurus Rugi RM241,000 Akibat Penipuan Phone Scam

14/12/2025 10:15 AM

KLUANG, 14 Dis (Bernama) -- Seorang bekas pengurus sebuah syarikat kerugian RM241,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan ‘phone scam’ yang mendakwa mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata mangsa berusia 47 tahun itu membuat laporan polis semalam selepas menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) pada 6 Nov lepas.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dimaklumkan bahawa nombor telefon miliknya disalahgunakan sebelum panggilan disambungkan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

“Mangsa turut diberitahu waran tangkap telah dikeluarkan atas namanya dan diarahkan memindahkan semua wang miliknya ke akaun yang diberikan.

“Antara 18 hingga 27 Nov, mangsa membuat pemindahan wang ke tujuh akaun berbeza sebelum menyedari telah ditipu dan tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan