WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Penjawat Awam Rugi RM10,500 Akibat Pelaburan Palsu

05/12/2025 09:45 AM

TANGKAK, 5 Dis (Bernama) -- Seorang penjawat awam kerugian RM10,500 selepas terperdaya sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Mohd Talib berkata mangsa yang berusia 50 tahun mengetahui pelaburan itu selepas dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Telegram oleh individu tidak dikenali.

“Mangsa melakukan tiga transaksi memasukkan wang ke dua akaun pada Rabu dan semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Roslan berkata mangsa membuat laporan semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan skim pelaburan menjanjikan keuntungan lumayan dengan cara mudah dalam tempoh singkat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan