KUCHING, 12 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki kerugian lebih RM2.2 juta akibat terperdaya dengan penipuan pelaburan saham dalam talian tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata kejadian berlaku pada 18 Ogos lepas, ketika mangsa berusia 59 tahun yang berada di rumah telah dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp dan diperkenalkan kepada pelaburan saham.
Beliau berkata mangsa kemudian diarahkan memuat turun satu aplikasi bagi menyertai pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
“Mangsa membuat pembayaran ke dalam 11 akaun bank berbeza secara berperingkat, melibatkan 22 transaksi pemindahan dalam talian.
“Mangsa mula menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan berjumlah RM39,103,045.06 yang dipaparkan dalam akaun aplikasi terbabit. Akibatnya, mangsa mengalami kerugian sebenar sebanyak RM2,268,696.90,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial