WILAYAH - UTARA > BERITA

Mayat Reput Ditemukan Dalam Semak Di Lebuh Gelugor

01/11/2025 10:49 PM

GEORGE TOWN,  1 Nov (Bernama) -- Satu mayat reput ditemukan di kawasan semak berhampiran Taman Ghee Hiang, Lebuh Gelugor di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata orang awam menemukan mayat lelaki dipercayai warga tempatan berusia 45 tahun berdasarkan dokumen pengenalan diri pada 7.20 malam sebelum memaklumkan kepada polis.

"Lelaki itu lengkap berpakaian namun mayatnya hampir reput, pemeriksaan badan mangsa dan sekitar tempat kejadian oleh pasukan Siasatan Forensik serta Unit Anjing Pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang tidak menjumpai sebarang kesan yang mencurigakan.

"Bedah siasat di Hospital Pulau Pinang hari ini juga tidak dapat mengenal pasti punca kematian mangsa disebabkan mayat sudah reput. Bagaimanapun, tiada kesan cedera daripada perbuatan jenayah dikesan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan