KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Situasi banjir di Kedah dan Perak terus beransur pulih dengan jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) semakin menurun setakat 8 malam tadi.
Di KEDAH, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 579 mangsa daripada 156 keluarga masih berada di empat PPS, berkurang daripada 698 mangsa daripada 198 keluarga pada pagi tadi.
“Pendang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 503 mangsa daripada 136 keluarga di tiga PPS manakala di Kota Setar 76 mangsa daripada 20 keluarga masih berlindung di sebuah PPS,” menurut JPBN dalam kenyataan.
PPS di Pokok Sena yang dibuka pada 25 Okt pula ditutup pada 10 pagi tadi setelah semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman mereka.
Sementara itu, di PERAK, Sekretariat JPBN negeri melaporkan mangsa banjir di daerah Manjung ialah 129 mangsa daripada 30 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Pantai Remis.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air Sungai Kinta di Kinta berada pada tahap amaran iaitu 248.16 meter (m) berbanding paras normal 243.50 m.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter      : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok       : @bernamaofficial