WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Permulaan Cemerlang Tang Jie-Ee Wei Di Terbuka Denmark

14/10/2025 10:59 PM

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuka gelanggang Terbuka Denmark 2025 dengan langkah kanan hari ini.

Pilihan keempat itu tidak berdepan masalah untuk mengetepikan cabaran wakil Taiwan Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-15, 219 untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan Super 750 berlangsung di Arena Jyske Bank.

Tang Jie-Ee Wei dijadualkan berdepan Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying dari China, yang menewaskan  Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsaard dari Thailand 21-12, 13-21, 21-17.

Terdahulu, beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut mara ke pusingan kedua selepas menyingkirkan pasangan Taiwan, Ming Che Lu-Hung En -Tzu 21-14, 21-17.

Pilihan kelapan itu dijadualkan berdepan pemenang dalam pertemuan membabitkan gandingan tuan rumah Jesper Toft-Amalie Magelund dan Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara dari Jepun.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan