WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Sudah Tiba Masanya Benarkan Bantuan Besar-Besaran Masuk Ke Gaza - UNRWA

14/10/2025 06:23 PM

GENEVA, 14 Okt (Bernama-QNA) -- Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini menegaskan sudah tiba masanya untuk membenarkan akses kemanusiaan berskala besar ke Semenanjung Gaza.

Agensi Berita Qatar (QNA) melaporkan bahawa Lazzarini menerusi hantaran di platform X berkata pertukaran tahanan dalam fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Gaza “memberi sedikit sinar harapan selepas lebih dua tahun berada dalam kegelapan.”

“Sudah tiba masanya untuk membina masa depan yang aman melalui penyembuhan, keadilan dan saling pengiktirafan. 

"Tiba masanya untuk membenarkan bantuan kemanusiaan berskala besar, termasuk melalui UNRWA,” katanya.

-- BERNAMA-QNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan