WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Dua Wanita Sesat Mendaki Hutan Bukit Bendera Ditemukan Selamat

12/10/2025 04:49 PM

GEORGE TOWN, 12 Okt (Bernama) -- Bomba menyelamatkan dua wanita yang gagal mencari laluan turun semasa mendaki di kawasan hutan di Bukit Bendera, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.10 tengah hari.

“Mangsa yang berusia 27 dan 31 tahun ditemukan selepas menghantar lokasi keberadaan mereka melalui WhatsApp, membolehkan bomba menjalankan operasi berdasarkan maklumat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata mangsa dibawa turun dalam keadaan selamat. 

Operasi melibatkan tujuh anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong tamat pada 1.26 tengah hari.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan