MERSING, 28 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas cedera pada bahagian telinga selepas diserang seekor gajah di hadapan rumahnya di Kampung Wak Salam di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata berdasarkan maklumat, mangsa yang berusia 64 tahun itu mahu ke surau untuk menunaikan solat subuh, sebelum diserang oleh haiwan liar berkenaan sehingga terjatuh.
"Mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru kerana cedera di telinga. Setakat ini, tiada kecederaan serius dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Bagaimanapun, Abdul Razak berkata tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial