KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) --Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China selepas menumpaskan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam aksi separuh akhir di Changzhou hari ini.
Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, pasangan ranking kedua dunia itu tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-13, 21-17 dalam masa 42 minit.
Kemenangan itu sekali gus mengesahkan dominasi mereka ke atas lawan tersebut dengan rekod 11 kemenangan daripada 14 pertemuan.
Aaron-Wooi Yik dijadual bertemu gandingan bukan pilihan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri yang mencipta kejutan menundukkan beregu tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-19, 21-17.
Kemenangan bergaya itu meletakkan Aaron-Wooi Yik di landasan terbaik untuk merangkul kejuaraan keempat musim ini selepas sebelum ini menjuarai Kejohanan Asia, Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial