WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM Rafak Sembah, Zahir Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

25/07/2025 06:33 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri mendoakan agar baginda dan seluruh Kerabat Diraja  Pahang dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan di Facebook turut merafak sembah dan menzahirkan setinggi-tinggi tahniah atas Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah hari ini.

“Patik mendoakan semoga Allah SWT melanjutkan usia dan mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Baginda, agar negeri Pahang terus dilimpahi keamanan, kemakmuran, kesejahteraan serta kemajuan di bawah naungan Tuanku.

“Semoga pemerintahan Tuanku sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT,” kata beliau.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan