WILAYAH - TENGAH > BERITA

MSP Nafi Jual Pakaian SUKMA Melalui Media Sosial

23/07/2025 08:05 PM

KUANTAN, 23 Julai (Bernama) -- Majlis Sukan Pahang (MSP) menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dalam sebarang aktiviti jualan yang membabitkan pakaian rasmi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, MSP menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu mahupun syarikat untuk menjual pakaian rasmi tersebut melalui mana-mana platform media sosial, termasuk Facebook.

“Kami telah mengesan beberapa hantaran di laman Facebook yang mendakwa menjual pakaian SUKMA atas nama Majlis Sukan Pahang,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, MSP menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran-tawaran mencurigakan yang disebarkan secara dalam talian.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut atau keraguan berhubung perkara ini, orang ramai diminta melaporkannya kepada MSP menerusi talian atau e-mel rasmi kami bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan,” katanya.

MSP turut menegaskan sebarang urusan berkaitan pakaian rasmi SUKMA hanya akan diumumkan melalui saluran rasmi agensi itu, termasuk laman web dan media sosial rasmi.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan