WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Sze Fei-Nur Izzuddin Selangkah Pertahan Kejuaraan Terbuka Jepun

19/07/2025 07:25 PM

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Beregu lelaki utama negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka Jepun selepas mara ke final hari ini.

Pasangan ranking nombor satu dunia itu menampilkan aksi bertenaga untuk menewaskan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han 21-19, 21-11 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung selama 35 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Kemenangan itu membolehkan mereka mengesahkan tempat ke final esok menentang pasangan ranking ketiga dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae yang sebelum itu menyingkirkan satu lagi wakil negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 21-14, 21-15.

Pertemuan esok bakal menjadi perhitungan ketiga antara dua pasangan itu, yang kini terikat 1-1 dalam rekod pertemuan sebelum ini.

Sementara itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah turut cemerlang apabila melangkah ke pentas akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam satu lagi aksi separuh akhir.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan