JOHOR BAHRU, 16 Julai (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M.Kumarasan berkata R. Sue Farieda dilaporkan hilang kira-kira 4 petang dan kali terakhir dilihat berada di sebuah restoran di Gelang Patah, di sini.
“Remaja itu berketinggian kira-kira 158 sentimeter dengan berat lebih kurang 47 kilogram, berkulit hitam manis, hidung mancung dan berambut ikal mayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan R. Sue Farieda tampil menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Yunos Ali menerusi talian 012-6447432 atau pusat kawalan daerah Iskandar Puteri 07-5114486 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial