KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kejayaan dan pencapaian luar biasa atlet larian ultra negara, Noor Ainun Yeop Kamaruddin, diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai "Wanita Pertama Menamatkan Larian Nozomi Coast to Coast (sejauh 444KM)", menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan pengiktirafan itu sebagai simbol penghargaan terhadap semangat dan dedikasi Noor Ainun dalam arena sukan ultra apabila beliau berjaya menamatkan larian sejauh 444 kilometer dari Lumut, Perak ke Bachok, Kelantan dalam tempoh 114 jam 18 minit 14 saat.
"Kejayaan ini mencatat sejarah sebagai peserta wanita Malaysia pertama yang menamatkan larian 444km Nozomi Coast To Coast sejak edisi pertama pada 2017. KBS mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang Noor Ainun," menurut kenyataan itu.
Majlis penyerahan sijil MBOR berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
KBS turut berharap pencapaian tersebut mencerminkan nilai ketekunan dan keazaman tinggi sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan warganegara yang berdaya saing dan bersemangat waja.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial