KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-100 kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, Anwar turut menyifatkan gaya hidup sihat dan amal bakti Dr Mahathir yang tidak pernah terhenti sebagai teladan kepada sebuah negara yang sedang menua.
“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.
“Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi. Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, Insya-Allah,” katanya.
Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah dan pernah menjawat jawatan perdana menteri sebanyak dua kali, iaitu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 serta sekali lagi pada 2018.
Ketika dilantik semula pada usia 92 tahun, beliau menjadi Perdana Menteri tertua di dunia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial