WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AMM Ke-58: Menteri Luar China Wang Yi Tiba Untuk Hadiri Mesyuarat Peringkat Tinggi

09/07/2025 11:38 PM

SEPANG, 9 Julai (Bernama) -- Menteri Luar China Wang Yi tiba di Kuala Lumpur malam ini bagi menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58.

Pesawat membawa Wang dan delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11 malam.

Wang, yang juga anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, dijadual menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar China-ASEAN, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Campur Tiga (China, Jepun dan Republik Korea), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 dan Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-32.

Malaysia menjadi tuan rumah AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan di bawah Kepengerusian ASEAN 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.

Sebanyak 24 mesyuarat peringkat menteri luar akan diadakan termasuk perbincangan dua hala dengan Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah, India, Jepun, New Zealand, Rusia, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Turut dijadualkan empat mesyuarat tiga hala membabitkan Malaysia, Sekretariat ASEAN serta Rakan Dialog Sektoral iaitu Brazil, Norway, Switzerland dan Turkiye.

Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN selepas memegang jawatan itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan