WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jurutera Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya Sindiket Pelaburan Palsu

09/07/2025 09:52 AM

CHUKAI, 9 Julai (Bernama) -- Seorang jurutera lelaki kerugian RM71,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang beroperasi menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata kejadian bermula pada 8 April lepas apabila mangsa berusia 40 tahun melihat iklan pelaburan saham di laman Facebook sebelum menghubungi seorang wanita untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Beliau berkata suspek kemudiannya memujuk mangsa menyertai skim pelaburan yang kononnya ditawarkan sebuah syarikat dari China, dengan janji pulangan lumayan menerusi sebuah aplikasi. 

“Pada peringkat awal, mangsa membuat pelaburan kecil dan menerima pulangan RM600.

“Teruja dengan keuntungan tersebut, mangsa kemudian membuat pelaburan lebih besar berjumlah RM71,000 dalam tempoh 27 Mei hingga 26 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Razi berkata mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas gagal mendapatkan semula pulangan pelaburan seperti dijanjikan, dan cubaan untuk menghubungi suspek sejak semalam turut menemui jalan buntu.

Beliau menasihati orang ramai agar sentiasa membuat semakan sebelum menyertai mana-mana pelaburan.

“Pastikan syarikat atau individu yang menawarkan pelaburan berdaftar dan sah di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997 untuk mendapatkan pengesahan sebelum membuat sebarang pindahan wang ke akaun pihak ketiga,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan