WILAYAH - UTARA > BERITA

JPV P.Pinang Ambil Sampel Haiwan Mati Di Bukit Bendera

07/07/2025 06:26 PM

GEORGE TOWN, 7 Julai (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang hari ini mengambil sampel haiwan mati yang dipercayai diracun dengan sengaja di kawasan Bukit Bendera.

Pengarahnya Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata kesemua sampel itu dihantar ke makmal JPV Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya termasuk mengesan sama ada diracun atau sebagainya.

“Pegawai JPV Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengambil sampel karkas dan dihantar ke makmal. Setakat ini tiada bahan lain ditemukan di situ kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah membersihkan kawasan terlibat.

“Berdasarkan siasatan kami, kejadian berlaku pada 5 Julai dan karkas sudah autolisis serta tidak sesuai untuk dibedah siasat tetapi pegawai JPV tetap mengambil sampel untuk analisis lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memaklumkan terdapat haiwan seperti anjing, kucing dan burung ditemukan mati dipercayai termakan makanan beracun di kawasan Bukit Bendera.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan