WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Persiapan SUKMA 2026 Capai 50 Peratus - Exco

06/07/2025 06:23 PM

SHAH ALAM, 6 Julai (Bernama) -- Persiapan tuan rumah bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 sudah mencapai 50 peratus membabitkan kerja-kerja naik taraf dan baik pulih kemudahan sedia ada.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata pihaknya menyasarkan kerja-kerja berkenaan siap sepenuhnya Mac tahun depan sebelum temasya dwitahunan kebangsaan itu dijangka berlangsung pada Ogos.

"Antara kemudahan yang sedang dinaik taraf ialah stadium, dewan dan pusat akuatik masing-masing di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan.

"Saya dimaklumkan kesemua kerja-kerja itu sedang dilipatgandakan bagi mempercepat proses baik pulih dan penaiktarafan bagi memastikan kemudahan dalam keadaan baik dan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan insentif muassasah kepada 127 pemohon Insentif Haji Muassasah 1446/2025 serta 10 bantuan kemasyarakatan berjumlah RM60,000 merangkumi individu, badan bukan kerajaan dan persatuan penduduk kawasan Kota Anggerik di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Mohd Najwan sebelum ini dilaporkan berkata antara venue yang terlibat dalam proses naik taraf ialah Pusat Akuatik Darul Ehsan di Shah Alam, Lapang Sasar Subang serta Stadium Hoki Pandamaran di Klang.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan