WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PRN Sabah : PH, BN Kini Pada Peringkat Akhir Rundingan - Asyraf Wajdi

28/06/2025 04:02 PM

PASIR PUTEH, 28 Jun (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kini pada peringkat akhir rundingan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata rundingan dengan semua parti yang terlibat untuk berhadapan pilihan raya berkenaan juga sedang giat dilakukan.

“Kita sedang berunding dengan semua parti…Insya-Allah, kita akan berunding dengan semua (parti) seperti kata Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), kita tidak pernah menutup pintu serapat-rapatnya atau membuka pintu seluas-luasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Puteh di Dewan Uthmaniah Pulau Lima, di sini hari ini ketika diminta mengulas hala tuju kerjasama antara Pakatan Hadapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam PRN Sabah.

Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadual terbubar secara automatik pada 11 Nov, selepas penggal tersebut bermula pada persidangan pertama dan pembukaan rasmi DUN Sabah yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 12 Nov 2020, selepas PRN Sabah Ke-16.

Pembubaran itu bakal membuka laluan kepada PRN Sabah Ke-17 diadakan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan