KOTA TINGGI, 22 Jun (Bernama) -- Seorang warga emas berusia 81 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Mawai-Kuala Sedili, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 11.35 pagi berhubung kejadian melibatkan motosikal jenis Honda 110 dan kereta Proton Saga dipandu wanita berusia 52 tahun.
Beliau berkata lelaki warga emas itu dari Tanjung Sedili ke arah Kota Tinggi dipercayai telah membelok ke kanan untuk masuk ke simpang jalan secara tiba-tiba dan menyebabkan pemandu kereta yang berada di laluan lurus tidak dapat mengelak lalu melanggar mangsa.
"Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit telah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusof berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial