WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SPRM, IIM Tingkat Kerjasama Anjur Program Pendidikan Dan Pencegahan Rasuah

20/06/2025 08:54 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) akan meningkatkan kerjasama dalam menyelaraskan inisiatif dan program pendidikan serta pencegahan rasuah di negara ini. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman berkata Bahagian Penyiasatan Tatakelola dan Bahagian Pendidikan Masyarakat agensi berkenaan juga digalakkan untuk mengadakan perbincangan bersama IIM bagi merangka dan merancang program agar tidak bertindan.

"Sekiranya IIM mempunyai isu yang ingin dibawa ke Jawatankuasa Tatakelola, boleh rujuk ke Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam SPRM. 

"Bahagian Komunikasi Strategik SPRM serta Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara IIM boleh berbincang bagi meningkatkan persepsi masyarakat terhadap integriti dan pencegahan rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IIM Rahman Mohd Din yang menyambut baik cadangan itu berkata pihaknya bersedia mewujudkan kolaborasi strategik bersama SPRM bagi mendapatkan kaedah terbaik dalam usaha pencegahan rasuah selaras dengan kemajuan teknologi.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan