WILAYAH - SARAWAK > BERITA

IAEA Akan Teruskan Pemeriksaan Di Iran Selepas Keadaan Keselamatan Mengizinkan

20/06/2025 08:09 PM

BERLIN, 20 Jun (Bernama-TASS) -- Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan meneruskan pemeriksaan di Iran mengikut Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear  (NPT) sebaik sahaja keadaan keselamatan mengizinkan, kata Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi, menurut laporan TASS.

“Agensi ini kekal dan akan terus berada di Iran. Pemeriksaan pematuhan akan diteruskan seperti yang ditetapkan dalam kewajipan keselamatan di bawah Perjanjian NPT, sebaik keadaan keselamatan dan perlindungan membenarkan,” menurut kenyataan Grossi yang dipetik perkhidmatan media IAEA.

Israel mula melancarkan serangan udara terhadap Iran pada 13 Jun lalu, menyasarkan beberapa lokasi termasuk berkaitan program nuklear negara itu, yang kemudian mencetuskan serangan balas oleh Tehran.

-- BERNAMA-TASS


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan