KUCHING, 20 Jun (Bernama) -- Program Jualan Rahmah MADANI akan diadakan di pekarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 28 dan 29 Jun ini bersempena Festival Maal Hijrah 1447 peringkat Sarawak.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata program jualan itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
“(Program Jualan Rahmah MADANI) ada had (untuk pembelian) tetapi memang harga jualannya murah berbanding di pasar raya dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas upacara mengibarkan bendera Maal Hijrah 1447 sebagai simbolik pelancaran festival itu di sini hari ini.
Beliau berkata festival itu bagi memenuhi matlamat Pelan ABC 2024-2028 LAKMNS dalam mewujudkan organisasi dan persekitaran yang aman, bahagia dan ceria, dengan menggabungkan acara keagamaan dengan aktiviti sosial serta ekonomi.
Sebanyak 28 acara disenaraikan dalam Festival Maal Hijrah 1447 peringkat Sarawak bermula hari ini hingga 29 Jun yang melibatkan beberapa acara keagamaan, selain pameran ketenteraan dan badan beruniform, pemeriksaan kesihatan, pameran, jualan makanan serta acara sukan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial