WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Karate Sapu Empat Emas Di Brunei

20/06/2025 03:47 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Skuad negara meraih empat pingat emas dalam acara kumite pada Kejohanan Karate Asia Tenggara ke-12 yang berakhir semalam di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Emas negara diperoleh menerusi C Shamalarani dalam acara kumite bawah 50 kilogram (kg) wanita, K S Thevendran Kaliana Sundram (bawah 55kg lelaki), Sureeya Shankar Hari Shankar (bawah 60kg lelaki) dan berpasukan lelaki.

Malaysia turut meraih tiga pingat gangsa menerusi Lovelle Anne dalam acara kata wanita, Mcroyce Donavan Dagol (kumite bawah 75kg lelaki) dan kata berpasukan lelaki.

Pemangku ketua jurulatih karate negara R Shamendran berpuas hati dengan persembahan dipamerkan kesemua atlet di kejohanan berkenaan meskipun pada awalnya tidak meletakkan sebarang sasaran bagi mengelakkan tekanan kepada atlet.

“Keseluruhan pencapaian atlet di kejohanan ini okey tapi saya rasa mereka boleh lakukan lebih baik lagi,” katanya kepada Bernama hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan