WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Keganasan Terhadap Kanak-kanak Dalam Konflik Bersenjata Meningkat 25 Peratus Pada 2024 — Laporan PBB

20/06/2025 01:53 PM

NEW YORK, 20 Jun (Bernama-RIA Novosti) -- Keganasan terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata meningkat sebanyak 25 peratus pada tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada Khamis.

“Pada 2024, keganasan terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata mencapai tahap yang belum pernah berlaku, dengan lonjakan 25 peratus dalam jumlah pelanggaran serius berbanding 2023,” kata Setiausaha Agung PBB dalam laporan bertajuk Children and Armed Conflict.

PBB mengesahkan sebanyak 36,221 pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan berlaku pada 2024, selain 5,149 lagi pelanggaran yang berlaku lebih awal tetapi hanya disahkan pada 2024, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Secara keseluruhan, pelanggaran itu memberi kesan kepada 22,495 kanak-kanak sepanjang 2024.

Kira-kira 50 peratus daripada kes keganasan itu dilakukan oleh kumpulan bersenjata bukan negara atau “non-state armed groups”, menurut laporan berkenaan.

Dokumen berkenaan turut menekankan bahawa kedua-dua aktor negara dan kumpulan bersenjata bukan negara, dalam melaksanakan strategi peperangan masing-masing, jelas menunjukkan “kurangnya penghormatan terhadap perlindungan khas yang sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak”.

-- BERNAMA-RIA NOVOSTI


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan