WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Skim Insuran Kesihatan Guna KWSP Sukarela, Bukan Wajib - Dzulkefly

20/06/2025 01:52 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Skim insurans kesihatan yang dicadangkan kerajaan melalui Akaun Dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah bersifat sukarela dan bukan wajib, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pendekatan itu dicadangkan bagi memberi pilihan kepada pencarum yang mungkin inginkan pelan perlindungan insurans lebih meluas kerana ketika ini 32 peratus kos penjagaan kesihatan dibayar sendiri oleh pesakit tanpa perlindungan insurans.

“Dengan pendekatan ini, kerajaan berhasrat memperluas akses kepada penjagaan kesihatan swasta yang lebih cepat dan berkualiti tanpa menambah beban kewangan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dzulkefly berkata cadangan itu juga mengambil inspirasi daripada model negara seperti Singapura, yang mengutamakan akses insurans untuk majoriti rakyat.

“Hanya sekitar satu peratus daripada Akaun Dua KWSP digunakan untuk bayar insurans. Ini cara yang paling baik,” katanya.

Semalam Dzulkefly dilaporkan berkata kerajaan mempertimbang untuk membenarkan rakyat menggunakan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai premium bulanan insuran kesihatan.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan