WILAYAH - SARAWAK > BERITA

11 Warga Asing Sesak Nafas Dalam Kebakaran Kereta Di Wangsa Maju

19/06/2025 05:12 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Sebanyak 11 lelaki warga asing sesak nafas selepas tempat letak kereta bawah tanah di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini dipenuhi asap gara-gara kereta terbakar pagi tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.45 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi.

“Kejadian membabitkan bahagian enjin sebuah kereta jenis Nissan Teana yang terbakar 30 peratus dan menyebabkan ruangan terbabit dipenuhi asap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan enam daripadanya menaiki ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dua menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba dan selebihnya menggunakan ambulans HKL.

Operasi pemadaman melibatkan 11 anggota bersama sebuah jentera dan satu unit EMRS manakala Unit Siasatan Kebakaran PGOKL turut diarahkan ke lokasi bagi menyiasat punca kejadian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan