KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka British 2025 selepas menewaskan pemain Jepun Satomi Watanabe di Birmingham pada Selasa.
Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan semangat juang tinggi sebelum berjaya mengetepikan pilihan ketujuh kejohanan 11-9, 11-9, 4-11, 11-4 dalam aksi yang berlangsung lebih satu jam.
Sivasangari yang menduduki ranking kesembilan dunia itu bermula agak baik apabila mendominasi dua set pertama namun Watanabe bangkit memberikan tentangan sengit untuk menguasai set ketiga.
Pada set penentuan, pemain kelahiran kedah itu kembali tenang dan terus menguasai permainan untuk mengesahkan slot di suku akhir menjadi miliknya.
Sivasangari dijadualkan berdepan pilihan keempat dari Mesir, Amina Orfi pada aksi suku akhir, esok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial