WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Perlumbaan Perahu Naga Semakin Popular Di Serata Dunia

03/06/2025 04:22 PM

PARIS, 3 Jun (Bernama-CMG) -- 'Karnival Perahu Naga' sempena sambutan Pesta Perahu Naga semakin mendapat sambutan dengan penganjuran acara perlumbaan di pelbagai negara baru-baru ini.

Di Paris, perlumbaan perahu naga berlangsung di Sungai Seine pada 1 Jun lalu, melibatkan lebih sepuluh pasukan dari China serta beberapa negara Asia dan Eropah. 

Ia merupakan tahun ketiga berturut-turut acara karnival perahu naga antarabangsa dianjurkan di ibu negara Perancis itu.

Selain Perancis, perlumbaan perahu naga dan pelbagai aktiviti pertukaran kebudayaan turut dianjurkan di negara seperti Serbia, Jerman, Argentina, Britain, Afrika Selatan, Peru, Poland, New Zealand dan lain-lain. 

Aktiviti itu disertai oleh perantau China bersama komuniti tempatan yang turut serta dalam meraikan warisan budaya tradisional China.

Pesta Perahu Naga telah diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2009.

 Ia merupakan perayaan tradisional China pertama yang mendapat pengiktirafan berkenaan.

Kini, sebagai khazanah budaya milik bersama, Pesta Perahu Naga terus mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa dan semakin popular dari tahun ke tahun.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan